Melodi kehidupan


Setiap manusia yang hidup dalam muka bumi ini akan mengalami satu proses kehidupan yang sama. Iaitu proses dari kita dalam kandungan ibu kita, kita lahir ke dunia, kemudian kita lalui zaman kanak-kanak,  zaman remaja seterusnya zaman dewasa dan akan juga kita lalui suatu kematian. Proses perjalanan hidup setiap manusia adalah sama. Tapi jalan cerita dalam setiap proses perjalanan hidup kita berbeza-beza. Mungkin ada antara mereka yang kurang bernasib baik. Tidak kira dari segi apa jua. Tapi ketahuilah setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh Allah swt kepada setiap makhluk kita. Kita sebagai umatNya seharusnya bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan. Malah kita perlu menjaga amanah dariNya sebaik mungkin. Tapi bukanlah aku nak bercerita tentang kelebihan dan kekurangan seseorang pada entri kali ini. 
Aku hanya nak berkongsi suatu rasa yang baru aku sedar setelah 20 tahun aku bernafas di bumi Allah ini. Suatu rasa itu adalah pengalaman. Pengalaman yang aku sendiri rasa saat pertama kali aku berjauhan dengan keluarga yang sangat aku sayang. Pengalaman dimana aku mula belajar berdikari tanpa keluarga, saudara dan kawan-kawan. Pengalaman aku mula-mula di tempat orang. Susah payah aku untuk menyesuaikan diri ditempat baru. Dengan tiada kawan-kawan yang aku kenal disitu. Semuanya aku lakukan sendiri. Airmata menjadi peneman aku sepanjang hari aku disana. Terdetik didalam hati, bilakah penderitaan ini akan berakhir? Tapi itu semua menjadi rahsia sehingga sekarang. 
"Susah kita, kita saja yang rasa sakitnya. Senang kita, kita sajayang rasa sedapnya. Setiap perkara yang kita lalui dalam hidup kita, kita saja yang dapat merasai susah atau senangnya."
Mungkin pada sesetengah orang berpisah dengan keluarga dan berdikari di tempat orang tidaklah sesusah yang aku rasakan. Tapi bagi aku yang telah 18 tahun hidup dengan keluarga tidak pernah sekali pun aku berpisah dengan mereka amatlah sukar dan perit. Setiap perit pedih aku lalui sendiri. Airmata akan menjadi peneman setia aku ketika makan, belajar, tidur dah pendek kata setiap perkara yang aku buat mesti akan mengalirkan airmata kerana terbayangkan ayah dah ibu di rumah. Sungguh, aku rindu mereka. Rindu yang teramat sangat mahupun baru berapa hari berpisah dengan mereka. Hampir setiap hari aku akan menghubungi mereka. 
Suatu hari aku bangkit dengan satu semangat baru. Aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjanji dalam diri aku untuk pulang nanti dengan segulung kertas yang boleh membuat ayah dan ibu ku bangga. Malah sampai sekarang aku masih ingat janji itu pada diri aku sendiri. Aku dah mula terima perubahan dalam kehidupan harian aku tanpa keluarga di depan mata. Dan semakin hari aku semakin ramai kawan-kawan disekeliling aku yang sentiasa menjadi penyeri hari aku walaupun jauh disudut hati, aku rindukan keluargaku.